
Grafik oleh : Wahed Haris
SEJARAH PENUBUHAN
Penubuhan sekolah ini adalah atas daya usaha pemimpin-pemimpin tempatan dan ketua-ketua kaum di daerah ini ( sebelum ini Dalat bukanlah sebuah daerah ). Ini adalah kerana pada peringkat awal boleh dikatakan hampir 90% penuntut-penuntut dari kawasan ini melanjutkan pelajaran menengah mereka di SMK Three Rivers, Mukah.
Di antara tokoh-tokoh yang terlibat dalam membuka sekolah ini adalah wakil-wakil rakyat seperti YB En. Sim Boon Liang, En. Vincent Suyong, YB En. Edward Ensen dan Datuk Haji Salleh Jafaruddin. Pada masa itu, YB Datuk Hj. Salleh Jafaruddin adalah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia yang merupakan perasmi sekolah ini pada 29 Oktober 1978.
Tapak asal yang dicadangkan bagi sekolah ini bukanlah di tapak sekarang tetapi di Tegup, Jengin, satu kawasan di antara kampung Kekan dengan Pekan Dalat. Sekolah ini adalah untuk menampung pelajar-pelajar dari persekitaran Batang Oya ( dari Ulu Baoh hingga ke Oya ) serta kawasan muara Batang Igan ke kawasan Bungan, Batang Igan. Murid-muridnya sebilangan besar adalah dari suku kaum Melanau, Iban dan Cina.
No comments:
Post a Comment